or login with:
Sign Up Jiwang.LA! helps you connect and share with the people in your life.

syaitan dalam bilik anda..?

by

Just for sharing info..... Salam satu m'sia, Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur). Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas. Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik ?. Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung. Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama. Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air. Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik. Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! – Moral of the storey…. SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA… (dalam erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)……. . Itu adalah yang terbaik…

Chismo
woho..contractor pn skarang sumerbwat satu bilik satu toilet..adeehh >..<<br>
budak_botak
dah mcm macam mane?nampak gaye kene beli tanah kat kat hutan la..buat rumah tandas kat luar..
salju_mutiara
hmm~~ tak pernah terfikir..
tapi ade kebenarannya..
Omega
errrrmmmmm......... tk masuk akal. kbnaran jge lemah. klu masalah malas, mmg btol org skrg malas. trmsuk la saye( terkna btang idong sndr) hehehehehhee... dan org skrg tk leh kna panasz cket. mula la cari aircorn( g shopping com) cari kipas. nk bg sjuk kan bdan. minum plak mesti air yg dan d sjuk. s...
obie1
uwah Nina.....kalau duk flet dan tandas kat kuar....mau nak sampai tandas dah berterabur.....kena saman ngan Bandaraya lak kang kan ....hehehe