or login with:
Sign Up Jiwang.LA! helps you connect and share with the people in your life.

haNtu kt opis??!

by

salam olzz...harini van nk kongsi skit kisah benar yg berlaku kt opis van...

HARI PERTAMA (SABTU)

semasa cuti raya cina yg lepas,van dan beberapa org budak opis yg lain telah bersepakat nk datang kerja memandangkan kerja urgent dr client xsiap lagi...dipendek kn cerita,pada pukul lebih kurang 7.30pm kawan van ajak pergi masuk bilik data untuk mengambil beberapa dokumen dan map,,,

sebaik melangkah masuk ke bilik data,bulu roma yg tak berapa nk banyak ni meremang dengan tiba2!!dan dengan sepontan van terlihat sesusuk tubuh berdiri betul2 dibelakang kawan van yg td!lembaga yang setinggi 165cm itu kemudian perlahan lahan menoleh ke arah van!van yang seperti kaku dan terpaku tidak mampu untuk bertindak!kawan yang menyedari gelagat van yang seperti tidak kena kemudiannya meluru kearah van dan terus menarik tangan van untuk keluar dari bilik data!

apabila telah berada diluar bilik data tiba2 kami yang seramai 5org terdengar seperti almari dari bilik data jatuh satu persatu!memandangkan kami semua perempuan jadi keputusan diambil dengan melarikan diri lintang pukang!tetapi....

kami sangka kisah berakhir bila kami lari tapi lain yang jadi....pintu utama untuk kami keluar dari department kami TIDAK BOLEH DIBUKA!!van swap id kad sampai kad jadi panas tp tetap tak boleh!begitu jugak dengan kawan2 yang lain,,,

2 dari kami sudah mula menggelabah dan menangis..van yang penakut ni lagi la 3x ganda nak nangis namun van tak mahu tunjuk takut pada kawan2 yang lagi lemah tu....seorang dari kami mula membaca ayat2 yang dia tahu namun pintu masih lock..tak lama kemudian tiba2 pintu tadi unlock dengan sendiri ACCESS PASS omg!

apa lagi..lariiiiiii!!!!!!!!!!

HARI KE-2 (AHAD)

setelah kata sepakat dicapai,kami masih lagi datang ke pejabat seperti semalam...ini kerana status task kami ditahap badlock!kali ini kami mengajak rakan kerja yang lain,lelaki,2orang....keadaan seperti biasa sehinggalah jam menunjukan 8.35pm,,,

keaadaan yang sunyi dan tenang tadi tiba2 bertuka menjadi haru biru apabila seorang dari kami tiba2 menangis dan menjerit2!panik ya amat sangat pada waktu itu membuatkan van mengambil tindakan mencurahkan jus apple yang ada di atas meja kearah kawan yang nangis!dia kemudian berdiri dan menolak van ke dinding!van cuba melawan tapi kekuatan nya aduhhaaii!!sangat kuat!kemudian kawan tadi mencekik van sekuat2 nya dan cuba dihalang oleh rakan yang lain,,,

ia berlalu selepas beberapa saat...ketakutan mula menyelubungi kami...rakan lelaki yang kami harapkan rupanya berganda takut dari kami!hampassss...seorang rakan perempuan rupanya telah bersedia membawa ayat2 Al-Quran membaca dengan sekuat hati.dan tiba2 kawan yg TERSAMPUK td tersedar dan terpinga2!!kami putuskan untuk lari lagi seperti semalam tapi dihalang oleh kawan yang tersampuk tadi,,,

memikirkan kerja yg masih melambak,kami dengan teketar2 dan sejuk perut meneruskan kerja lagi...pujukan untuk stayback oleh kawan yangtersampuk tadi rupanya terselit agenda yang lain...dengan tiba2 kawan van tu berlari kearah surau yang terletak dibelakang dan menjerit dengan kuatnya!!!suara parau,garau,dalam dan sangat2 kuat!!!semua seperti terkena renjatan,kaku!kawan lelaki van mula buat keputusan berani..mereka berdua kemudian pergi ke arah surau dengan niat untuk "menjemput" kwn yang tesampuk tadi....

sebagai langkah berjaga2 kami yang ada ni terus kepintu dan menswapkan kad kami untuk standby..manalah tau.....beberapa minit kemudian kawan tadi dengan kawan lelaki datang tetapi ke3 mereka seperti lain...oleh kerana terlalu takut,kami xsempat untuk menegur dan bertanyakan apa2..sampailah di parking,tiba2 seorang dari mereka (lelaki) meminta van untuk menumpangkan nya ke kl sentral..tanpa memikirkan yang bukan2,van bersetuju untuk menumpangkan dia...

sebaik sampai di kl sentral,dia turun dari kereta tetapi sempat berpesan kepada van,"jangan datang lagi esok!kedatangan kamu tidak diundang!!" erkkkkk!!

HARI KE-3 (ISNIN)

van dan kawan2 datang lagi ke opis seperti biasa...tapi kali ini kami sepakat untuk bekerja sehingga 5pm sahaja...sesampai di opis,van tekejut kerana kawan2 yang lain masih dibawah dan belum naik lagi!rupa2 nya mereka masih lagi takut dan menunggu van datang...kawan yang tersampuk semalam tidak ikut serta hari ini kerana demam!??hmmmm

apa yang dipesan oleh kawan lelaki malam tadi tidak van ceritakan kepada yang lain kerana bimbang mereka takut lagi..sampai di dipartment van tiba2 van terlihat 2orang kawan lelaki yang ada semalam berada di dalam pejabat dan tengah tidur di atas sofa!!kami membuat andaian bahawa mungkin mereka sampai awal lalu tertidur....

namun selepas terjaga dari tidur,ke 2,2 mereka terpandang sesama sendiri dan terjerit sesama sendiri!!rupa2 nya mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka tidur di pejabat dan TIDAK BALIK KE RUMAH!kami berpandangan sesama sendiri,kemas barang2,shut down pc,angkat kaki,balik!!tapi.....

siapa yang tumpang van malam tadi?dan knapa barang2 kawan van yang tersampuk mlm td masih ada di atas meja dia?malahan....keretanya masih di parking!

van,alia,mas,darli,edah,aman & shark

p/s:dah laporkan pada jaga tapi mereka kata "biasalah dik...hantu..."

Topics: seriesli, takot!
n_harz
omg!~meremang bulu roma deq harz membacer nyer!nsb bek x pnh jd kat harz agy.....huhuyg kak van p curah jus kat makhluk 2 watpe...kan dia dh ngamok...huhu~~makhluk tu xnak jus,dye nak 'sirap' jewk...huk3...
mooz
maka pesan tok jmpa ustaz n (pagar) kawsan opis tuh..mngkin dia mnumpang kat ctu....drp sstu yg bruk berlaku buatlah p yang patut selagi blum terlambat...
vanila
Quote:Originally posted by: "moozmaka pesan tok jmpa ustaz n (pagar) kawsan opis tuh..mngkin dia mnumpang kat ctu....drp sstu yg bruk berlaku buatlah p yang patut selagi blum terlambat...

bukan xmo g jmpe dukun tok...tp kami rasa ni sume tnggungjawab pihak2 yg tertntu...nnt cakap kami pandai2 pulak...
mooz
owww..lau cmtu untuk mengelakkan ggnguan pasang ayat Ruqyah syariyah lam opis tuh..insyaAllah smua syaitan akan kluar...lau nk tok send bg email...
enzo
seramnya opis van nih...ish...baco cito pun, enzo pulak takut ke opis...adehhhhhhh..
keris
cbe cri bomo yg dpt kontrol itu nye antu....mane la tau klau2 antu tu leh tolong setel semo keje2 kat opis tu...pasni takyah lg nak wat keje obertaim lagik...
aryz
Hantu tu tension .. nak balik kampung tiket dah abis ,Dia nak buat open office Gong Xi Fa Cai korang datang menyibuk plak ,Sebab tu dia dah warning jangan datang hari ketiga , sbb dah janji dgn geng diaKatering pun dah tempah .
kidlove
eeeeeeeeeeeee....
khairulafiq
eeeee......scaryhantu=setan=ib lis=jembalang=momok sume ny lawan bg manusiasifat mereka berlawanan dgn kitekite takut, dia lg suka utk menakutkan kitekalo kite berani&kuat, insyaallah die lg takut kepada kitebacalah surah2 yg patut. kuatkn smgat n iman